Tips bina rumah atas tanah sendiri

 






Info untuk kakitangan awam jika nk bina rumah atas tanah sendiri dan guna gov loan.

lppsa:

-pastikan geran tanah adalah nama anda atau nama suami isteri sahaja.geran berangkai atau geran banyak nama tak boleh tak boleh tak boleh memang tak boleh sama sekali.status tanah apa pun tak dak masaalah..free hold..rizab melayu.tanah first gred ..sekatan kepentingan no prob..pointnya hendaklah nama anda sendiri.
-bolh buat gov loan utk beli tanah .tapi rumah hendaklah dibina atas tanah trsebut.nk bina rumh kt atas tanah lain mmg x boleh guna gov loan.
-pastikan status tanah adalah "kediaman"bukan pertanian.
(boleh tukar status)
-keluasaan tanah yang ideal 5000sqt .
sbb plan utk submit plan nanti wajib 10feet kiri 10 feet kanan belakang 15feet depan 20 feet.ukuran bermula dinding rumah bukan longkang.
tanah kecik rumah akn jadi kecik..
ni spec standard mana2 pbt.
tanah kecik rumah akan jadi kontot.

-proses awal
-cari arkitek utk draf drawing plan..biasanya arkitek akn tnya kita..keluasaan rumah ..spec rumah seperti saiz mozek..jumlah bilik dn jumlh bilik air..jenis atap atau jenis bata (putih atau merah)..ni asas.
-jika nk rumah moden carilah arkitek yg "otak moden" sbb dialah yg akn buat plan rumh kita nanti..arkitek otak kampung nathijahnya rumah kita nmpk kampung je la..
-biasanya arkitek dan engineer dah ada link..
arkitek buat drawing plan..engineer pula akan bg detail kt plan rumh.. cerucuk guna piling atau bakau saiz besi y8 y10 y12 y suku x dak tau..kedudukan septic tank dll..

seterusnya..
pemilihan kontraktor..
-carilah kontraktor yang ada lesen CIDB dan mahir selok belok lppsa..
-pilihlah kontraktor yang "poket"compnynya tebal..sbb paymnt ikut progress..wajib guna duit compny dulu sblm dpt claim..
-buat banding beza antara kontraktor..
abe sir sendiri deal dgn 8 kontraktor
mcm2 ragam..antaranya
tk tepati masa..tanya CIDB  garu kepala x tau..dtg tgk site kereta buruk selipar jepun je..tanpa bawa pen atau dairy..x nmpk lamgsung ciri2 kontraktor ...buat quotation kedai kopi je..bg tau siap kat kita part yang boleh jimat..curi besi..x ikut saiz..kurangkan simen..hadoiii depan client weiiii ..office bilik kt rumah je..huhu

dah jumpa kontraktor??dah siap plan??
submit plan.
ni proses rumit dan lama..biasanya 5 bulan ..brgantung pada pbt ..
plan wajib submit (pbt)
-bila plan dh approve barulah boleh apply loan
biasanya 5 bulan keatas (bergantung pd pbt)
plan yang dah approve kena hantar kpd jab penilaian harta.(JPPH)
bila jab penilaian dh bg surat approve barulah boleh submit utk apply loan lppsa..
lppsa x lama..cari lawyer panel lppsa(bukan semua lawyer boleh) yang cekap..dokumen complete 2 mgu approve..

proses bina..
-selalulah visit site..
-berbaiklah dgn pkrja bangla atau indon..bg diaorg mkn ..bawalah makanan..rasional..ada kesilapan sng nk suruh..boss besar jarang sgt tgk site..
-buat2 kita ni pandai..bg pekerja set dlm
minda diaorg kita mahir selok belok pembinaan..refer kat kawan2 atau pak cik google..jgn lupa bawa water lavel..tali tape..ukur sendiri..barulah pekerja tak kencing kita..
-bangla pndai tgk plan..tapi x reti baca huraian  plan ..ni prob

kos rumah..
jika kos adalah rm400k.
anda haruslah ada cash 150k  barulah nafas lega..jalan boleh buka dada..tido mlm lena..
terlalu banyak cas2 trsembunyi yang diluar jangkaan kita..
ingat..kontraktor hanya buat body rumah..spec lain ada cas tambahan..

contoh ..contoh..contoh..cas tanpa sedar dan tak nampak serta tak termasuk dlm loan.
plan rm7k  ..wajib
submit plan rm5k ..wajib
cas tambahan point letrik rm10k (utk rumah 4000sqt) ..sunat tapi buat la siap2
letrik rm10k three phases (under ground cable)wajib
air rm5k ..wajib
kitchen cabinets rm15k.. sunat
perabut 20k..rumah baru takkan guna yg lama ..sunat
kos pindah 3k angkat brg dll bergntung lokasi ..wajib
cat 5k kontraktor bg cat yg basic yg murah..sunat
rata tanah dan tambun siket rm5k. wajib dn sunat brgntung pd jenis tanah anda.
grill ..wroght iron 25k. wajib ..spec besi sunat..nk yg murah trpulang
auto gate rm10k..pagar steel tak karat.. sunat
survayer tanah sblm buat plan rm3k ..wajib
kos lawyer anggaran rm7k bergantung pd jumlah loan. wajib
interior design 4k..sunat.nak sedap mata memandang gunalah interior design.
air cond basic 4 biji 1.5hp (daikin)serta kipas moden bukn kipas KDK clr putih tu .8 buah rm9k (trmasuk upah psg) sunat
perabut ,almari ,katil ,tilam setiap bilik rm10k .sunat
shower..kepala paip..sinki ..mangkuk tandas rm8k..sunat
pindah astro.buka dan pasang rm150..wajib
psg cable..rm50.wajib
kabinet tv.rm3k sunat
lampu down light..spotlight ..chandelia yg berkaitan rm5k..sunat
kenduri masuk rumah baru rm10k..sunat
brg kat ikea rm5k ..sunat

langsir rm10k.sunat

semua cas ni hnya anggaran..ada yg wajib ada yg sunat muaakad tu..
x sempat fikir dah ni

penat abe sir naip male ni..
jika ada salah mohon maaf
berdasarkan pengalaman sendiri..
sape2 nk bina rumah jangan malu tanya abe sir..selalulh refer kawan2 yang dah ada pengalaman..

Ingatttt..kontraktor hanya bagi yang asas sahaja..kita perlu study betul2 agreement sebelum sign.
jarang sekali kontraktor  bg "hight spec"
sbb kos akn jadi tinggi..

bahagi tugas siap2 laki dan bini..
tak pndai urus boleh bermasam muka dgn bini.,bini nak cat hitam..kita nk cat pink..hahaa
bini nk tile 16inc kita nak tile 2feet..

$$nak rumah nampak cantik??selain design yg cantik ..pastikan rumah sama lavel dgn jalan..jangan sesekali rumah anda rendah dari jalan..
$$pastikan tiang bersaiz besar
$$pastikan ketinggian rumah dari lantai ke syiling lebih 11 feet..
jangan rendah..x elok wooo

baru tak kelahi

ayat ni tanpa c n p deh..lahir dari hati suci murni..sesuci embun pagi tanpa jerebu.

Bila dah teliti kebaikan dan keburukan ni, dan anda masih lagi nak buat rumah sendiri, boleh ikut langkah-langkah di bawah. 

Langkah 1: Sediakan Bajet Untuk Pembinaan Rumah
bina rumah atas tanah sendiri, bina rumah sendiri, buat rumah sendiri, bina rumah atas tanah sendiri di selangor 

Tak kisahlah rumah baru atau rumah sendiri, perkara paling penting sekali adalah tengok bajet dahulu.

Ini cara ringkas kalau anda nak tengok samada anda mampu ke tak untuk dapatkan pinjaman perumahan:

Ambil gaji bulanan anda dan tolak semua komitmen.
Dengan jumlah yang tinggal tadi, tentukan berapa bayaran maksimum yang anda mampu bayar tiap-tiap bulan.
Pastikan anda masih ada duit lebih untuk makan pakai apa semua, dan pastikan anda bersedia kalau ada apa-apa kecemasan.

Ada beberapa faktor penting yang akan mempengaruhi kos anda, iaitu:

Saiz rumah
Kualiti bahan binaan
Struktur dan reka bentuk rumah
Jadi pastikan anda buat perancangan dengan teliti. Ingat, mungkin anda boleh tunggu kalau rumah siap lambat, tapi pinjaman perumahan kena juga bayar tiap-tiap bulan!

 

Langkah 2: Semak Status Hak Milik Tanah
bina rumah atas tanah sendiri, bina rumah sendiri, buat rumah sendiri, bina rumah atas tanah sendiri di selangor 

Bila anda dah tahu tanah mana nak pilih (kalau anda ada banyak tanah la), pastikan struktur tanah tu kukuh dan bukan terletak di kawasan banjir atau tanah runtuh.

Kemudian, semak hak milik tanah untuk memastikan anda boleh mendapat kelulusan untuk membina rumah sendiri.

Mengikut Seksyen 116 Kanun Tanah Negara, dalam surat hak milik, kategori penggunaan tanah perlulah dinyatakan sebagai “bangunan”, dengan nama anda sebagai pemilik tanah.

Macam mana pula dengan tanah bagi kategori “pertanian”, boleh tak saya bina rumah sendiri?

Bagi tanah dengan kategori “pertanian”, anda boleh memohon daripada majlis daerah untuk menukarkan kategori tersebut kepada “bangunan”.

Tapi sebelum tu, tanya pihak bank dulu, sebab kebanyakan polisi mewajibkan tanah tersebut dalam kategori “bangunan”, tak kiralah sama ada majlis daerah meluluskan permohonan anda atau tidak.

 

Langkah 3: Pastikan Anda Lantik Pasukan Yang Bertauliah
bina rumah atas tanah sendiri, bina rumah sendiri, buat rumah sendiri, bina rumah atas tanah sendiri di selangor 

Sekarang tiba masanya untuk anda melantik:

Arkitek dan juru ukur
Kontraktor
Peguam untuk menguruskan kontrak perjanjian antara anda dengan kontraktor
Pada fasa ini, kontraktor bertanggungjawab untuk:

Reka bentuk berdasarkan bajet, kualiti, dan tempoh yang dipersetujui.
Menyediakan pelan lukisan rumah yang sesuai untuk dihantar kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan permit rumah.
Bila rumah siap dibina, arkitek akan mengeluarkan "Certificate of Completion and Compliance" (CCC) yang menandakan rumah tersebut selamat untuk didiami.
Antara tugas juru ukur adalah untuk membantu mengukur keluasan sempadan rumah dan menjalankan kerja-kerja mengukur tanah yang lain.

Anda boleh dapatkan senarai arkitek yang berdaftar dengan JKR, di sini.

Harus diingat, ada tempoh masa menunggu untuk anda mendapatkan kelulusan pelan daripada pihak berkuasa.

 

Langkah 4: Sediakan Perjanjian Membina Rumah
bina rumah atas tanah sendiri, bina rumah sendiri, buat rumah sendiri, bina rumah atas tanah sendiri di selangor 

Seterusnya, anda perlu mendapatkan quotation (sebut harga) daripada kontraktor.

Sebut harga akan digunakan untuk menghantar permohonan pembiayaan anda kepada LPPSA (jika anda guna pinjaman perumahan kerajaan) atau kepada bank untuk menilai pinjaman yang anda layak.

Pastikan anda melantik kontraktor dan peguam bertauliah untuk selesaikan kerja. Semak kelulusan dan latar belakang mereka terlebih dahulu!

Sebenarnya ada banyak kes di mana pengguna tertipu dengan kontraktor. Pada 2016, kes macam ni merupakan aduan kedua tertinggi yang direkodkan NCCC (Pusat Perkhidmatan Aduan Nasional)

Anda boleh semak sama ada kontraktor tersebut berdaftar atau tidak di laman web SSM. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai kontraktor tersebut di laman web CIDB.

Buat tinjauan sebut harga terlebih dahulu, supaya anda boleh bandingkan harga apa yang sesuai dengan bajet anda menggunakan bahan binaan yang berkualiti.

Kemudian, tibalah masa untuk mencari peguam yang bertanggungjawab untuk:

Memastikan perjanjian membina rumah antara anda dengan kontraktor sah di sisi undang-undang.
Menguruskan permohonan pinjaman yang melibatkan aspek undang-undang.
Menguruskan proses tuntutan wang daripada pihak kontraktor berdasarkan perkembangan projek binaan yang telah dijalankan.
Jika anda tidak teliti dalam membuat surat perjanjian membina rumah, mungkin akan ada masalah di kemudian hari.

Sebagai contoh, sekiranya kontraktor membiarkan projek terbengkalai, anda tidak ada sebarang bukti yang kukuh untuk membuat aduan sekiranya ia tidak dinyatakan oleh perjanjian membina rumah.

 

Langkah 5: Proses Penilaian
bina rumah atas tanah sendiri, bina rumah sendiri, buat rumah sendiri, bina rumah atas tanah sendiri di selangor 

Setelah pelan rumah diluluskan dan perjanjian membina rumah ditandatangani, bank dan LPPSA akan menjalankan penilaian sebelum meluluskan pinjaman.

Pemberi pinjaman akan membuat perbandingan daripada aspek keluasan rumah, lokasi, dan beberapa faktor lain.

 

Langkah 6: Kini Proses Pembinaan Bermula!
Sepanjang proses pembinaan, jangan lupa untuk memantau perkembangan kerja kontraktor.

Pastikan anda simpan segala resit yang dikeluarkan kontraktor. Anda juga perlu selalu menghubungi peguam anda bagi melancarkan urusan tuntutan wang dengan kontraktor berdasarkan perkembangan kerja.

Jika ada apa-apa masalah dengan prestasi kontraktor, anda boleh membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di bawah Seksyen 53, Akta Perlindungan Pengguna.

 

Langkah 7: Dapatkan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
Setelah rumah siap, Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperlukan untuk menandakan yang rumah tersebut selamat didiami.

bina rumah atas tanah sendiri, bina rumah sendiri, buat rumah sendiri, bina rumah atas tanah sendiri di selangor 

CCC hanya akan diluluskan sekiranya:

Syarat yang dikenakan oleh PBT dipatuhi.
Borang-borang yang berkaitan diisi dengan lengkap.
Semua perkhidmatan utama disediakan termasuklah air, elektrik, sistem pembetungan, beberapa khidmat lain.
Principal Submitting Person (PSP) mengakui bahawa sepanjang dia mengawasi pembinaan ini, dia mengakui bangunan ini telah disiapkan dan pelan telah diluluskan.
 

Langkah 8: Pembayaran cukai dan insurans
Setalah rumah siap, ada beberapa pembayaran yang perlu anda jelaskan:

Cukai pintu dan tanah
Insurans kebakaran
Rumah dah siap, kunci dah dapat, cukai dah bayar. Sekarang, barulah boleh tarik nafas lega.

Kami harap perkongsian artikel ini akan membantu anda dalam membina rumah impian yang dah lama diidamkan. Selamat berjaya!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kelebihan & kekurangan rumah 1, 2 & 3 tingkat

Cara mohon pembiayaan dari LPPSA untuk kakitangan kerajaan