Tips menghias dalaman rumah supaya lebih cantik

 LANGKAH #1 Kenalpasti konsep hiasan.

Ada pelbagai konsep hiasan seperti kontemporari, minimalis, industri, scandinavian, tradisional, bali dan lain-lain.

Untuk ruang yang telah dipenuhi dengan perabot sedia ada, kenalpasti elemen utama yang terdapat pada perabot tersebut seperti material, warna, corak, bentuk dan lain-lain.Jika menggantikan perabot sedia ada bukan pilihan buat kita kerana kos yang tinggi, maka pemilihan konsep perlu berdasarkan jenis dan elemen perabot sedia ada tersebut. Apa jua konsep yang dipilih, pasti di sana ada cara mudah serta murah untuk mencapai hasil yang dikehendaki dengan menggunakan aksesori, warna, fabrik dan lain-lain. Yang penting, kita perlu sedikit kreatif.

KONTEMPORARI

MINIMALIS

INDUSTRI

SCANDINAVIAN

TRADISIONAL

BALI

LANGKAH #2 Kenalpasti Skim Atau Tona Warna Yang Akan Digunakan. 

Setelah mengenalpasti konsep, buat carian gambar contoh hiasan dalaman untuk ruang yang berkenaan dan kenalpasti skim warna yang digunakan.kenalpasti skim warna yang digunakan dengan memuat naik gambar tersebut.

Gunakan skim dan tona warna yang selamat seperti putih dan kelabu untuk memberikan kita pilihan yang lebih fleksibel untuk dipadankan dengan perabot, aksesori atau fabrik sedia ada.Sebagai panduan mudah untuk konsep yang umum, pilih 3 warna sama dengan tona yang berbeza (contoh: kelabu muda/tua), 1 warna gelap/terang dan 1 warna striking.

LANGKAH #3 Pelbagaikan Tona Warna Dinding

Menggunakan tona warna berbeza bagi ruang/bilik yang sama akan mewujudkan sensasi mendalam . Ini akan memberikan sensasi sudut, bentuk, kedalaman dan ruang.

Penggunaan dwi-tona untuk ruang yang sama seperti putih dan kelabu akan membuatkan ruang tersebut lebih natural dan tidak seperti berada di dalam kotak yang membosankan.

LANGKAH #4 Pilih Dinding Yang Sesuai Dan Buat Sendiri Feature/Accent Wall.

Dinding yang paling sesuai untuk dijadikan feature wall adalah dinding yang pertama kali dilihat apabila melangkah masuk ke rumah atau ke mana-mana bilik.

Pelbagai teknik mengecat boleh digunakan tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli wallpaper bagi mencapai efek yang diperlukan.

Feature wall boleh dihasilkan dengan pelbagai teknik yang kreatif tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi seperti menggunakan bahan-bahan terpakai dan bahan semulajadi seperti batu sungai, pasir dan sebagainya.

LANGKAH #5 Mulakan Dengan Perabot Utama

Jika kita sudah mempunyai perabot sedia ada seperti sofa, meja makan dan almari, kenal pasti jika perabot-perabot ini boleh dicat semula atau dipasangkan sarung baru bagi memadankan skim warna yang telah dipilih.

Pada hari ini juga begitu banyak terdapat perabot terpakai yang murah-murah dan dalam keadaan baik untuk dipadankan. Buat carian di Mudah atau Facebook Marketplace.

Jika menukar warna perabot adalah sesuatu yang mustahil (banyak elemen kayu, rotan) dan kos terlalu mahal untuk membeli perabot baru, maka jadikan warna dan rekabentuk perabot sedia ada tersebut sebagai konsep titik fokal. Ambil kesempatan ini untuk menyusun kembali perabot-perabot utama yang menjadi penghuni ruang tersebut. Cuba bereksperimentasi dengan susunan yang berlainan.

LANGKAH #6 Padankan & Seimbangkan Dengan Karpet Dan Langsir

Setelah mengenal pasti warna perabot, elemen utama yang terakhir untuk dipadankan atau diseimbangkan dengan perabot, lantai dan dinding adalah langsir dan permaidani. Perhatikan bentuk dan garis perabot dan lantai untuk diseimbangkan dengan corak pada langsir dan permaidani. Kita mungkin perlu mengeluarkan sedikit kos untuk jahitan langsir atau permaidani yang baru jika warna/corak yang sedia ada tidak sepadan.Pemilihan permaidani selalunya menjadi langkah pertama untuk ruang yang masih kosong. Namun, untuk ruang yang sudah dipenuhi perabot, pemilihan warna dan corak permaidani sebaiknya corak kosong / ringkas dan tona yang sepadan. Untuk ruang yang kecil, pilih permaidani yang berwarna lebih cerah supaya ruang tampak luas.

LANGKAH #7 Ruang Penyimpanan

Setelah selesai memadankan perabot utama dengan rak dan langsir, perabot sekunder yang perlu diberikan perhatian untuk rumah kecil adalah ruang penyimpanan. Ini termasuk rak, kabinet, kotak, meja dan lain-lain.

Pertimbangkan perabot yang mempunyai fungsi sampingan untuk menyimpan barang seperti storage bench, storage coffee table dan lain-lain.Penggunaan wall shelves juga memberikan ruang tambahan di sebelah atas dinding yang jarang digunakan tanpa membuatkan ruang di sebelah bawah menjadi sempit.

Pelbagai idea DIY untuk ruang penyimpanan boleh didapati di internet untuk mengurangkan kos perbelanjaan.

LANGKAH #8 Aksesori & Pencahayaan.

Langkah terakhir adalah melengkapkan ruang-ruang dan perabot dengan aksesori-aksesori yang menepati konsep kita seperti frame gambar, cushion, bekas, pokok hiasan, lilin, jam dinding, raga, pasu, selimut, lampu dinding dan lain-lain.

Langkah ini adalah langkah yang perlu diberi perhatian kerana pemilihan aksesori yang tepat dapat menjimatkan kos tanpa perlu terlalu banyak diletakkan. Dengan sedikit aksesori yang tepat dan sesuai, ia akan menyerlahkan kecantikan ruang tersebut.

Di samping itu, pencahayaan juga memainkan peranan penting untuk menyerlahkan kecantikan ruang. Penggunaan cahaya yang tepat dapat memberikan impak yang sangat berbeza walaupun ruang dihias dengan simple sahaja. Pada masa kini terdapat banyak lampu LED yang mudah dan murah didapati tanpa perlu membuat pendawaian atau plaster ceiling yang menelan belanja yang tinggi.


Pelan rumah perlu pertimbangkan

Banyak faktor penting perlu dipertimbangkan semasa melukis pelan rumah. Jika tidak, kita akan menanggung kerugian jangka panjang yang menelan kos tinggi.

Hari ini kita akan bincangkan faktor faktor tersebut supaya dapat dielakkan lebih awal. Pasti menjimatkan wang dan tenaga.


8 perkara penting perlu dipertimbangkan tuan rumah dalam melukis pelan rumah banglo idaman.


1. Bajet.

Ini adalah perkara paling penting dalam membina rumah. Secara umumnya terdapat 3 cara utama yang boleh kita gunakan untuk membiayai pembinaan rumah, iaitu
  • Bank
  • LPPSA untuk kakitangan awam
  • Tunai
Sekiranya anda belum mempunyai tanah lot sebagai tapak membina rumah, perlu mengambil kira bajet yang diperlukan untuk membeli tanah terlebih dahulu. Anda boleh baca senarai artikel di bawah sebagai panduan membeli tanah. Dari aspek lokasi, ciri ciri lot rumah yang perlu dicari, sehinggalah kepada kos kos yang terlibat.


Kita perlu pertimbangkan kelayakan pinjaman bank & kakitangan kerajaan kita dari peringkat membeli tanah lagi. Berapa peratus peruntukan untuk tanah, dan berapa pula untuk rumah.

Bagi mengelakkan masalah terlebih bajet (overbudget), baik anda dapatkan pandangan kontraktor rumah berpengalaman seperti Nas Nuri Construction. Ini disebabkan, kami dah banyak kali berjumpa dengan suami isteri yang tersilap langkah. Ada yang terbeli
  • tanah lot lidi
  • geran kongsi
  • tanah tiada kemudahan infra
  • tanah di lereng bukit dan banyak lagi.

Ini menyebabkan masalah dikemudian hari. Sehingga bajet kita tak cukup. Sebaiknya, hubungi kami untuk khidmat nasihat dari peringkat awal lagi. Insyaallah kami boleh membantu.


2. Gaya hidup keluarga kita.

Rumah yang bakal dibina mestilah sesuai dengan gaya hidup keluarga kita. Contohnya, setiap kali kami diamanahkan untuk melukis pelan rumah untuk pelanggan baru, kami akan dapatkan sedikit maklumat mengenai gaya hidup pelanggan kami.

gaya hidup keluarga


Adakah keluarga tersebut mempunyai anak yang ramai, gemar menerima tetamu, selalu sembahyang berjemaah di rumah, suka berkebun dan banyak lagi.

Selepas mendapat maklumat yang mencukupi, barulah arkitek kami akan menyusun ruang di dalam rumah berdasarkan gaya hidup mereka.

Selepas itu, tuan rumah akan membayangkan adakah pelan yang kami usulkan tersebut serasi dengan mereka. Adakah sesuai dengan kehidupan harian kita.

Tanya soalan soalan dibawah untuk memastikan pelan rumah kita sesuai untuk gaya hidup keluarga.
  • Bagaimana pula keadaan rumah kita ketika menerima tetamu, adakah akan mengganggu pergerakan ahi keluarga wanita? 
  • Adakah isteri dan anak perempuan kita perlu memakai tudung sepanjang tetamu berada di rumah? 
  • Jika tetamu ingin tumpang menggunakan bilik air adakah mereka perlu berjalan sampai ke ruang keluarga, malah sehingga ke dapur? 
  • Atau sekiranya tetamu tersebut ingin bermalam di rumah kita, adakah bilik khas untuk mereka?
  • Dimanakah ruang solat yang sesuai untuk tetamu?


Banyak lagi soalan yang perlu ditanya bagi membantu kita memperolehi rekaan pelan rumah terbaik. Apa yang pasti, semua ini dapat kita capai dengan menyenaraikan terlebih dahulu keutamaan gaya hidup keluarga kita.

Rumah yang dibina mestilah lebih dari cantik, malah telah mengambil kira pelbagai situasi yang bakal dihadapi. Rekabentuk yang praktikal dengan gaya hidup kita akan memberikan keselesaan kepada semua ahli keluarga kita.


3. Keselamatan

Ada ciri ciri rumah yang cantik di mata tetapi berisiko mendatangkan bahaya kepada penghuninya. Contohnya, rumah 2 tingkat yang mempunyai ruang tamu tinggi (void area) memberikan rasa gah kepada bahagian dalaman rumah tersebut. Mereka yang berada di aras atas boleh melihat tetamu yang berkunjung di ruang tamu, tetapi harus diingat, anak anak kecil boleh memanjat "handrail" dari aras atas dan jatuh ke tingkat bawah.

Risiko untuk jatuh dari tempat tinggi juga wujud untuk rumah yang mempunyai balkoni di tingkat atas. Ataupun bagi rumah yang dibina di tapak tanah lot rumah yang curam, pembinaan tembok penahan yang tinggi juga boleh mendatangkan risiko yang sama. Jadi, pertimbangkan dahulu semua ini dari awal, sebaiknya semasa membeli tanah tapak rumah.

Selain itu, kita juga perlu mempertimbangkan dengan baik kedudukan soket elektrik semasa rumah belum dibina. Anda boleh berbincang dengan kontraktor rumah mengenai ketinggian dan lokasi soket tenaga yang selamat & tidak mudah dicapai oleh kanak kanak. Bukankah sering kita baca di akhbar & televisyen tentang kematian anak anak kecil kerana terkena renjatan elektrik?


4. Privasi

Tiada siapa sukakan rumah yang bising & sentiasa mempunyai gangguan dari perskitaran. Contohnya, rumah yang dibina ditepi jalan utama bukan saja bising dari bunyi kenderaan, malah ia juga tidak selamat kerana gerak geri kita mudah diperhatikan oleh individu berniat jahat.

privasi


Rumah yang dibina mestilah mengambil kira faktor privasi dalam susun atur ruang & bilik di dalam rumah. Selain kedudukan tingkap untuk memerhati keadaan sekeliling, pastikan juga kita mengambil kira lokasi yang sesuai untuk memasang pintu keselamatan, kamera litar tertutup & juga alat penggera.

Selain itu, sekiranya anda suka membuat kerja dipejabat untuk diselesaikan di rumah, pastikan memerlukan suasana yang sunyi dan pemandangan yang mendamaikan. Kedudukan bilik pejabat di rumah ini mestilah tidak berhadapan dengan jalan raya kerana sukar untuk kita fokus. Lebih sesuai sekiranya ruang ini diletakkan dibahagian rumah yang hampir dengan laman rumah yang dipenuhi oleh pokok bunga hiasan & pepohon hijau. Pasti kerja kita lebih produktif.


5. Kos penyelenggaraan

Rekabentuk rumah yang kita pilih hari ini akan memberikan kesan besar kepada belanja bulanan kita dikemudian hari. Boleh jadi pattern bumbung yang kita berkenan cantik di mata, tetapi mendatangkan risiko bocor dan tempias tiap kali hujan.

Contoh lain ialah, rekaan moden banyak menggunakan bumbung "flat roof" yang diperbuat daripada slab konkrit. Bumbung jenis ini memerlukan rawatan kalis air (water proofing) yang dilakukan oleh pekerja mahir ataupun lapisan ini tidak akan berfungsi dengan baik. Masalah ini tidak ketara semasa rumah baru siap dibina. Akibatnya akan kita rasa kerana bumbung kita bocor setiap kali hujan lebat selepas 5 tahun rumah dibina. Selain itu, walaupun lapisan kalis air ini dilakukan oleh pekerja mahir, Jaminan dari kilang  untuk lapisan ini berfungsi dengan baik adalah sekitar 10 ke 15 tahun.

Selepas jangka hayatnya habis, kita perlu menggantikannya dengan lapisan baru. Jadi, pastikan kita mengambilkira kos penyelenggaraan ini semasa memilih bumbung flat roof.

Contoh lain bagi kos penyelenggaraan ialah pemilihan tangki simpanan air. Tangki air jenis polythene disimpan di bahagian atas siling di bawah genting rumah. Manakala tangki air jenis stainless steel perlu diletakkan di bahagian luar rumah, harganya lebih mahal berbanding tangki polythene. Dari segi ketahanan, tangki stainless steel lebih tahan lama dan lebih mudah diselenggarakan kerana berada di tempat terbuka. Tangki polythene pula lebih sukar diselenggara sekiranya rosak.

Jadi, kita perlu fikirkan masak masak hari ini akan kos yang perlu ditanggung dikemudian hari semasa melukis pelan rumah idaman.


6. Susun atur perabot

Kita juga perlu mengambil kira ruang yang akan diambil oleh perabot di dalam rumah. Kedudukan tingkap pada dinding & jaraknya antara satu sama lain akan mempengaruhi kedudukan perabot di dalam rumah.

susunan perabot


Tanya soalan soalan berikut bagi setiap ruang di dalam rumah
  • Adakah set sofa dan almari di ruang tamu akan mengganggu pergerakan penghuni?
  • Berapa besar meja makan yang boleh kita letakkan di ruang makan?
  • Apakah saiz katil yang boleh kita muatkan untuk bilik tidur?
  • Adakah dapur kita mempunyai susunan yang sesuai untuk pemasangan kabinet di kemudian hari?

Anda boleh selesaikan masalah tersebut dengan meminta arkitek / pelukis pelan memasukkan lukisan perabot dengan skala sebenar di seluruh ruang dalam pelan rumah tersebut. Dari sini, kita boleh membayangkan ruang di dalam rumah selepas dipenuhi perabot.

Ataupun, anda boleh mengupah khidmat perekabentuk dalaman (interior designer) untuk memilih tema perabot & ruang dalaman rumah anda.


7. Perancangan untuk renovasi

Sekiranya anda mempunyai kekangan bajet ataupun mempunyai tanah yang luas, pastikan kita mengambilkira sekiranya dikemudian hari ada rancangan untuk menambah bilik atau ruang rumah. Ambil kira juga caj yang dikenakan oleh majlis perbandaran rumah anda supaya renovasi yang anda lakukan tidak membatalkan sijil CCC / CF rumah tersebut.

Penting untuk anda menjaga status CCC rumah anda supaya sekiranya anda merancang untuk menjualnya dikemudian hari, harganya naik menurut nilai pasaran & pinjaman juga mudah diterima.


8. Perancangan keluarga

Adakah anda merancang untuk menambahkan anak dikemudian hari? Adakah anak anak akan tinggal bersama selepas berkahwin? Adakah anda masih mempunyai ibubapa yang sudah tua untuk dijaga?

Semua ini perlu kita pertimbangkan semasa peringkat melukis pelan. Contohnya jika kita ingin menjaga mertua yang sudah tua, pastikan kita mempunyai bilik tidur yang lengkap dengan bilik air. Pastikan juga bilik air tersebut mempunyai kemudahan untuk kerusi roda.


Tamat sudah perkongsian kita untuk kali ini. Sekiranya anda ingin mencari idea pelan rumah yang sesuai dengan gaya hidup kita, kami ada berikan contoh pelan rumah percuma.


Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan & kekurangan rumah 1, 2 & 3 tingkat

Tips bina rumah atas tanah sendiri

Pro & Cons Buat Rumah Tanah Sendiri & Beli Rumah Siap