Tips menghias dalaman rumah supaya lebih cantik
LANGKAH #1 Kenalpasti konsep hiasan. Ada pelbagai konsep hiasan seperti kontemporari, minimalis, industri, scandinavian, tradisional, bali dan lain-lain. Untuk ruang yang telah dipenuhi dengan perabot sedia ada, kenalpasti elemen utama yang terdapat pada perabot tersebut seperti material, warna, corak, bentuk dan lain-lain.Jika menggantikan perabot sedia ada bukan pilihan buat kita kerana kos yang tinggi, maka pemilihan konsep perlu berdasarkan jenis dan elemen perabot sedia ada tersebut. Apa jua konsep yang dipilih, pasti di sana ada cara mudah serta murah untuk mencapai hasil yang dikehendaki dengan menggunakan aksesori, warna, fabrik dan lain-lain. Yang penting, kita perlu sedikit kreatif. KONTEMPORARI MINIMALIS INDUSTRI SCANDINAVIAN TRADISIONAL BALI LANGKAH #2 Kenalpasti Skim Atau Tona Warna Yang Akan Digunakan. Setelah mengenalpasti konsep, buat carian gambar contoh hiasan dalaman untuk ruang yang berkenaan dan kenalpasti skim warna yang digunakan.kenalpasti skim warna yang dig