Cara mohon pembiayaan dari LPPSA untuk kakitangan kerajaan

 

Proses permohonan pembiayaan perumahan


1. Layari Laman Sesawang Rasmi LPPSA untuk info lanjut (Klik Sini : LPPSA)


2. Kenalpasti syarat asas permohonan LPPSA. (Info Lanjut : Klik Sini)


3. Kenalpasti Jenis Pembiayaan LPPSA yang ingin dipohon. (Info Lanjut : Klik Sini)


4. Semak kelayakan pinjaman melalui Kalkulator Pembiayaan. (Klik Sini : Kalkulator)


5. Kemukakan permohonan secara atas talian di laman sesawang LPPSA. (Klik Sini : Permohonan)


Pendaftaran Akaun LPPSA (Isikan maklumat seperti yang diminta)

Isi butiran untuk permohonan pembiayaan secara atas talian.

Cetak borang permohonan yang telah diisi. Sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti yang tertera di dalam senarai dokumen.

Hantar dan poskan borang permohonan yang lengkap beserta dengan dokumen ke alamat rasmi LPPSA seperti di bawah.

Anda akan terima notifikasi melalui pesanan ringkas SMS yang menyatakan bahawa permohonan anda dikuiri. Sila Log Masuk ke portal LPPSA untuk melihat maklumat yang dikuiri.

Lengkapkan dokumen yang dikuiri dan hantar dokumen kuiri kepada LPPSA.

Dalam tempoh 3 atau 5 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

Seterusnya, peguam yang dilantik akan menghubungi anda bagi urusan menandatangani Memorandum Penerimaan (Memorandum of Acceptance) permohonan pembiayaan LPPSA.

Langkah terakhir, peguam akan membuat dokumentasi pembiayaan bagi urusan cagaran harta kepada LPPSA sebelum pembayaran insurans dan pengeluaran wang pembiayaan kepada pihak yang berkaitan.


pinjaman perumahan kerajaan lppsa dan pinjaman bank
  1. Selain dari menggunakan wang tunai serta pinjaman peribadi, pilihan menggunakan pembiayaan dari bank serta LPPSA (bagi kakitangan kerajaan) juga boleh dijadikan pilihan bagi mereka yang ingin membeli tanah lot untuk membina rumah di atas tanah sendiri.
    .
  2. Apa yang ingin saya ulas disini bukan mengenai pengisian borang bagi kedua-dua bentuk pinjaman.
    .
    Tetapi perkara-perkara yang perlu diambil tahu sebelum permohonan pinjaman dibuat.
    .
    Perkara-perkara ini sering menjadi tanda tanya dikalangan mereka yang ingin membuat pinjaman perumahan LPPSA mahupun pinjaman perumahan dengan pihak bank.
    .
  3. Secara dasarnya, kedua-dua bentuk pinjaman mempunyai prosedur yang sama, cuma ada sedikit perbezaan sahaja. Saya akan terangkan dengan lanjut dibawah.     


Pinjaman perumahan LPPSA dan juga home loan dengan pihak bank, apa yang perlu anda buat sebelum membuat pinjaman.

pinjaman perumahan lppsa & home loan bank

Geran tanah

  1. Ini adalah penting, pastikan tanah tersebut adalah geran individu bagi penama yang ingin membuat pinjaman.
    .
  2. Geran kongsi/caveat/pemegang amanah tidak boleh digunakan bagi membuat pinjaman.
    .
  3. Bagi pinjaman LPPSA, sekiranya pasangan anda bukan penjawat awam, jangan masukkan nama didalam geran.
    .
    Geran yang mempunyai dua nama dengan salah seorang bukan penjawat awam, tidak boleh membuat pinjaman LPPSA, hanya pinjaman bank sahaja yang boleh dibuat.
    .
    Update terkini 2020: bagi pinjaman lppsa tanah yang mempunyai 2 nama suami isteri, salah seorang tidak bekerja kerajaan. Pihak LPPSA kini membenarkan
    .
  4. Satu lagi perkara yang penting, sekiranya tanah telah dibeli dengan menggunakan pinjaman LPPSA, anda tidak boleh membuat pinjaman bagi membina rumah dengan pihak bank, hanya boleh satu pihak gadaian sahaja untuk rumah dan tanah.
    .
    Begitu juga dengan bank sekiranya untuk tanah anda telah membuat pinjaman dengan Bank A, rumah anda juga perlu membuat pinjaman dengan Bank A.
    .
    Tidak boleh membuat pinjaman dengan Bank B. Sekiranya anda tetap berkeinginan menggunakan pinjaman di Bank B, anda perlu menukar gadaian tanah di Bank A ke Bank B, maknanya gadaian asal di Bank A perlu di tukar ke Bank B.
    .
  5. Proses memasukkan gadaian di pejabat tanah ini mengambil masa, sekiranya anda ingin rumah idaman dibina dengan segera, elakkan penukaran pemilik gadaian.
    .
    Ini akan lebih memakan masa dan kos. Proses gadaian ini akan dilakukan oleh pihak peguam.
    .

Status tanah

  1. Pastikan status tanah didalam geran adalah bangunan, bukan status pertanian. Ini bergantung kepada sesuatu PBT, sesetengah PBT membenarkan dan memberi kelulusan binaan bagi 1 unit rumah diatas tanah berstatus pertanian.
    .
  2. Tetapi sesetengah PBT tidak membenarkan tanah berstatus pertanian untuk membina rumah.
    .
  3. Apa yang perlu dibuat adalah menukar status tersebut di pejabat tanah dan kebiasaannya bagi menukar status mengambil masa lebih dari 3 bulan dan perlu mengikut keperluan yang telah ditetap oleh pejabat tanah sebelum pertukaran status dibenarkan.
    .
  4. Perlu diingatkan, pembayaran premium tanah menukar status dari pertanian ke bangunan adalah tinggi.
    .

Kelulusan Pelan Bangunan

  1. Bagi membuat pinjaman, kelulusan pelan bangunan dari PBT adalah perlu.
    .
  2. Pemilik tanah perlu melantik seorang pelukis pelan yang bertauliah atau arkitek bagi mendapatkan kelulusan pelan binaan.
    .
    Ada sesetengah kontraktor seperti NAS NURI CONSTRUCTION menyediakan perkhidmatan reka dan bina, ini adalah lebih mudah bagi pemilik tanah yang ingin membina rumah tanpa risau akan berlaku terlebih bajet. Boleh ke website www.nasnuri.com untuk mengetahui lebih lanjut.
    .

Keperluan CCC/CF

  1. Keperluan CCC/CF adalah wajib bagi binaan rumah yang menggunakan pinjaman bank, ini kerana bagi tuntutan bayaran terakhir, pihak bank akan meminta salinan CCC/CF.
    .
  2. Bagi pinjaman LPPSA, keperluan CCC/CF adalah opsyen yang mana bagi binaan yang tidak membuat perolehan CCC/CF, wang tahanan selama setahun akan dikenakan oleh pihak LPPSA.
    .

Peguam

  1. Bagi pinjaman LPPSA,  pemilik tanah perlu membuat kontrak atau "sale & purchase agreement" antara pemilik tanah dan kontraktor dengan pihak peguam.
    .
  2. Bagi sesetengah bank, mereka menerima S&P yang dikeluarkan oleh kontraktor asalkan ia dimatikan setem di LHDN.
    .
    Ini dapat mengurangkan kos pemilik tanah kerana kebiasaan kos bagi S&P oleh peguam adalah dalam lingkungan RM 3000.00.
    .

Kesimpulan

apa yang kita perlu tahu sebelum buat pinjaman perumahan
  1. Diharapkan apa yang saya jelaskan diatas dapat memberi sedikit manfaat kepada pembaca blog dawaibesi.com terutama kepada mereka yang ingin membina rumah diatas tanah sendiri.
    .
  2. Sebarang pertanyaan, boleh ditulis di ruangan komen.
    .

Comments

Popular posts from this blog

Tips bina rumah atas tanah sendiri

Kelebihan & kekurangan rumah 1, 2 & 3 tingkat